Mencari Jalan Keluar: Rumah Perlindungan Haiwan Diancam

500.

Itu adalah jumlah haiwan mendiami rumah perlindungan haiwan yang kini menghadapi ancaman pengosongan kawasan dan akan dipindahkan ke suatu tempat yang belum pasti.

Bermula pada tahun 2006, Furry Friends Farm (atau FFF) merupakan rumah perlindungan haiwan yang diusahakan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) seluas 2 ekar telah dibina di Kundang, Selangor.

Terletak di antara Rawang dan Kuala Lumpur, untuk sampai ke rumah perlindungan ini hanya mengambil masa lebih kurang 35 minit pemanduan dari Bangsar. Rumah perlindungan ini adalah ‘syurga’ bagi haiwan-hawain yang terbiar atau haiwan-hawian yang dipinggirkan oleh piawaian (standard) masyarakat.

IMG_20150930_152409

 

Rumah perlindungan haiwan ini menempatkan kucing-kucing dan anjing-anjing (dan juga seekor kambing yang menggangap dirinya seekor anjing) dari segenap lapisan umur, dengan kepelbagaian jenis penyakit seperti diabetis (kencing manis) atau masalah buah pinggang, masalah pergerakan samada lumpuh atau cacat anggota,   masalah penglihatan dan kurang upaya dari segi mental. Selain itu terdapat juga haiwan-hawain yang sihat mendiami rumah perlindungan ini kerana mereka tidak lagi diperlukan oleh pemilik asal yang kemudiannya dibuang, terbiar dan haiwan ini telah diselamatkan dari jalanan. Haiwan-haiwan ini hidup sebumbung di Furry Friends Farm dan di sinilah apa yang dipanggil rumah untuk mereka meneruskan kehidupan.

Setiap haiwan yang tinggal di sini mempunyai nama, watak serta personaliti dan juga sejarah kehidupan lalu. Walau apa pun keadaan mereka, pengurus rumah perlindungan haiwan ini berjanji haiwan-haiwan ini akan diberikan kehidupan yang terbaik dengan limpahan kasih sayang dan keperluan fizikal serta layanan yang selayaknya sehingga nafas terakhir mereka di mukabumi ini.

IMG_20150930_131755

iotpewlkkykvwahpmk7y

 

IMG_20150930_124848

Rumah Perlindungan

Haiwan-haiwan yang bertuah ini suatu masa dahulu pernah dipinggir dan di sisih oleh masyarakat, kini mendapat peluang kehidupan kedua dan menerima penjagaan kasih sayang dibawah pemerhatian seorang yang berpengalaman iaitu Pengurus FFF, Giorgie Gisborne.

Beliau dibantu oleh rakan-rakan sekerja, Myza Nordin sebagai Presiden   juga merangkap Pegawai Perhubungan Awam FFF dan Dawn sebagai Bendahari.

Bersama-sama dengan bantuan sukarelawan dan pekerja berbayar, FFF mengambil masuk dan menerima haiwan-haiwan terbiar, yang dizalimi dan yang dibuang oleh pemilik asal. Pihak pengurusan FFF masih lagi menerima masuk haiwan haiwan terbiar tetapi mereka akan menilai setiap kes berikutan jumlah haiwan dalam jagaan mereka bertambah dari hari ke hari. Ini kerana FFF adalah rumah perlindungan yang mengamalkan polisi tegas tidak membunuh haiwan-haiwan yang tinggal di sini sama ada sihat ataupun sakit, kecil atau dewasa.

Tidak seperti rumah perlindungan lain, FFF ada keunikannya yang tersendiri.  Pertama, haiwan haiwan ini tidak tinggal dalam sangkar atau di kawasan berpagar yang sempit.  Dengan itu setiap haiwan mendapat hak mereka yang memerlukan udara segar, sinaran matahari dan haiwan-haiwan ini bergerak atau berlari bebas dalam kawasan yang luas.

joo4ehiymttaouyuszfl

 

xownhtx70xuzjlmifukr

Penghuni FFF hidup dengan peraturan dan aturan.  Anjing-anjing di sini akan dilepaskan di halaman lapang mengikut kumpulan dan jadual supaya mereka mendapat cahaya matahari sambil berlari mahupun bergulingan di atas rumput hijau.

IMG_20150930_122145

Kawanan kucing pula mendapat laluan ke taman luar melalui terowong berpagar khas.

gv2vlbvujexu2nizyq3m

IMG_20150930_131424

 

hzha0vemiicda6dfr4da IMG_20150930_123857

Kawasan yang menempatkan kucing dibahagi kepada dua bahagian iaitu satu bahagian untuk kucing yang menghidapi penyakit berjangkit seperti FIP, FIV dan satu lagi bahagian untuk kucing tanpa penyakit. Untuk anjing pula, mereka dipisahkan di dalam kawasan berpagar (nota: bukan sangkar) mengikut kumpulan kawanan (setiap kawasan akan dihuni dengan satu kawanan yang mempunyai 1-3 anjing jantan atau betina alfa mengetuai kawanan tersebut).

Georgie dan rakan seperjuangan percaya kepada pendekatan mendidik masyarakat tentang perkara asas serta pendedahan tentang etika penjagaan haiwan dan rumah perlindungan ini adalah platform paling sesuai bagi masyarakat awam merasai pengalaman tersebut

Sebagai rumah perlindungan yang mengamalkan polisi tidak melupuskan haiwan samada yang sihat ataupun yang sakit, tua atapun yang masih kecil, mereka yang menawarkan diri berkhidmat di rumah perlindungan ini menghormati kesemua jenis hidupan dan tidak akan sesekali membunuh mana mana haiwan yang hidup sebumbung di rumah perlindungan ini.

Kebenaran Yang Sukar

Kelangsungan hidup di sini tidak datang dengan percuma dan ini adalah ketetapan. FFF adalah organisasi bukan kerajaan terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya MYR 40,000 untuk menampung 500 haiwan yang mendiami rumah perlidungan ini setiap bulan. Jumlah ini termasuklah perbelanjaan gaji pekerja, makanan haiwan dan juga perbelanjaan asas yang lain.

Tidak cukup dengan kepayahan untuk mengisi dana melalui derma dan sumbangan supaya FFF dapat beroperasi, kini rumah perlidungan haiwan ini di‘ancam’ oleh keadaan malang di mana tanah yang menempatkan rumah perlindungan ini bakal dijual.

Tanda harga?

MYR 2.7 juta

D2015Sep30130458DJI00275_1_1

Mencari Keajaiban

Buat masa ini keseluruhan warga FFF mencari keajaiban diatas segala keajaiban- samada mereka mengumpul wang sebanyak MYR 2.7 juta, atau hadirnya mana mana individu berjiwa besar membeli tanah tersebut dan menyewakannya kepada pihak FFF untuk jangkamasa panjang.

Alternatif selain menanti keajaiban berlaku adalah dengan berpindah ke tapak yang baru tetapi ini akan disertai dengan cabaran yang besar. Salah satu cabaran tersebut adalah keperluan kepada pengangkutan yang akan menambahkan beban perbelanjaan selain dari perbelanjaan harian dan mereka masih lagi belum ada tanah untuk dipanggil tempat berlindung.

Cabaran yang kedua adalah, perpindahan haiwan dari tempat sedia ada ke tempat baharu akan menyebabkan stress yang melampau yang boleh mengakibatkan kematian terutama kepada haiwan yang sensitif seperti kucing dan haiwan yang sakit.

Cabaran yang ketiga adalah, rumah perlindungan sekarang ini telah dibina dan telah mengalami fasa-fasa penambahbaikan. Setaip kandang anjing dan rumah kucing dibina dengan teliti mengikut keperluan haiwan yang tinggal di sini seperti kawasan rehat, kawasan lapang untuk anjing bergerak bebas dan taman luar untuk kucing-kucing. Sekiranya FFF terpaksa berpindah, ini akan mensia-siakan usaha yang telah dibuat oleh warga FFF apabila mereka terpaksa membina kesemuanya dari mula sekali lagi di tempat yang baharu.

Setiap Perkara Diambilkira

Oleh yang demikian, warga FFF memerlukan pertolongan anda, selaku masyarakat yang prihatin.

Sekiranya 30,000 orang menyumbang MYR 10 setiap seorang, ianya lebih dari mencukupi untuk FFF membeli tanah dan menerukan operasi mereka. Ini tidak memerlukan banyak usaha dari anda, masyarakat prihatin, untuk membantu haiwan yang memerlukan dan menujukkan kasih sayang serta sokongan kepada mereka untuk mengekalkan tempat mereka berlindung.

Sumbangan- tidak ada nilai yang kecil kepada mereka, jangan berhenti membantu. Menyebarkan khabar sedih begini kepada kawan, ahli keluarga yang lain serta mereka yang berada di luar negara, juga salah satu bentuk bantuan. Pokok kepada perkara ini adalah setiap dari kita mampu membantu, walaupun dengan nilai dan usaha yang kecil.

Mereka di FFF tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal kurang atau lebih dua bulan sahaja sebelum tuan tanah meletakkan papan tanda ‘tanah untuk dijual’.

Persoalannya, bolehkah anda membantu? Mahukah anda membantu?

zgpccgkfspjnycx12zya

*******

Untuk menyumbang, sila layari pautan di bawah. Untuk sumbangan dalam negara anda dinasihatkan untuk menyumbang terus ke akaun bank (perincian adalah seperti di bawah

  1. Kempen Indiegogo
  2. Paypal

iii. Pemindahan terus bank (bank tempatan)

Bank: Public Bank

Account No: 317 884 2626

Account Name: Furry Friends Farm

Untuk maklumat lebih lanjut atau sekiranya anda ingin melawat FFF, hubungi Myza Nordin (Presiden) di talian 016371 7692 .